I made this widget at MyFlashFetish.com.

Lilypie Premature Baby tickers
Lilypie Premature Baby tickers
Lilypie Premature Baby tickers
Lilypie Premature Baby tickers

Friday, April 15, 2011

♥Iman Pelengkap Kecintaan ♥

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:"Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati" (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Diri manusia terbahagi kepada dua iaitu fizikal dan spiritual. Spiritual tersebut termasuklah akal, nafsu, perasaan dan yang paling utama ialah hati kerana tindakan, prilaku dan sikap seseorang dipengaruhi oleh hati.
Hati dan perasaan haruslah dijaga dari sifat-sifat yang merosakkan. Ia hendaklah dipandu ke arah jalan yang betul berdasarkan ajaran Islam yang sebenar. Jika tidak, hati akan dikuasai oleh nafsu dan syaitan yang menyebabkan pelbagai penyakit seperti hasad dengki, tamak, pemarah, riya' dan sebagainya. Maka untuk membersihkan hati yang kotor hendaklah membiasakan diri dengan berzikir, bertasbih dan bertahmid kepada Allah.
Seorang yang mencintai seseorang yang lain dalam keimanan, tidak akan menyiksanya, mengherdiknya, menghinanya. Sebagai contoh, seorang suami yang beriman kepada hari akhirat, akan tidak mampu menghina isterinya kerana takutkan balasan akhirat. Seorang suami yang beriman, akan takut hukuman Qazaf yang mana kesaksian orang yang memfitnah isterinya berzina tidak akan terpakai selama-lamanya andai tidak membawa saksi bersama-sama dengan tuduhan.

Begitu juga seorang Isteri yang beriman. Hatinya akan mencintai suaminya dengan nilai cinta yang sejati. Sebagai isteri, dia tidak akan membiarkan suaminya terjerumus ke neraka kerana dirinya. Dia akan bertahan dari mengumpat atau menceritakan kekurangan-kekurangan suaminya kepada orang yang tidak berhak. tambahan lagi jika dia menceritakan kekeruhan rumahtangganya di FACEBOOK!.
Sama sahaja andai seorang itu seorang PEMIMPIN, hatinya cantik andai dia berIMAN, seorang rakyat juga begitu, seorang anak, guru, murid, masyarakat, sebut siapa sahaja jenis manusia, andai IMANnya baik, hatinya baik, perlakuannya akan BAIK.
Tidak wujud seorang yang berperangai TERUK tapi dia mengatakan "Hatiku baik sebenarnya". Jika hati baik, perlakuannya akan menjadi baik.
Masuk ke SYURGA juga dengan hati, yakni hati yang sejahtera dan ucapan SALAM SEJAHTERA!

♥Antara Punca Kebahagiaan ♥


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:":Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa.!" (Riwayat Ibnu Hibban)
Pokok Kebahagiaan

i) Kehidupan yang selesa adalah suatu bentuk kehidupan yang dialu-alukan oleh Islam di mana kehidupan yang sempurna memerlukan empat elemen asas yang penting iaitu:
a) Wanita yang solehah- iaitu isteri yang baik yang dapat menguruskan keluarga dan rumahtangga dengan sempurna.
b) Rumah yang luas yang boleh memberikan keselesaan untuk bermesra dengan keluarga dan anak-anak di samping dapat melapangkan fikiran dengan baik dan tenang.
c) Jiran yang baik kerana jiran merupakan orang yang paling rapat selepas sanak saudara dan keluarga. Jiran yang baik dapat menjamin keharmonian hidup bermasyarakat sehinggakan ikatan kejiranan itu boleh bertukar seakan-akan sebuah kelurga yang kasih-mengasihi dan saling mengambil berat di antara satu sama lain.
d) Kenderaan yang selesa kerana ia memberikan kemudahan dalam segala urusan.
ii) Antara tabiat buruk yang mengancam kebahagiaan hidup ialah berfoya-foya dengan kehidupan mewah, boros harta dan membazir ketika berbelanja. Tabiat ini sering disebut dalam al-Quran sebagai punca kehancuran beberapa umat yang terdahulu.
iii) Kemewahan hidup berbeza antara satu zaman dengan zaman yang lain, mungkin mewah pada suatu ketika dahulu, tidak dianggap mewah pada hari ini, kerana perbezaan masa, suasana dan pendapatan menjadikan ukuran kemewahan turut berbeza.

 

♥Ku Mohon Jauhkan Rindu Ini♥

#Jauhkanlah rindu ini pada dia. Allah kuatkan aku. Lindungiku dari putus asa.



Bila rindu kembali menjengah,
Menyusup datang melalui sekeping gambar,
Begitu terasa bibirku bergetar,
Begitu terasa kakiku makin longlai.


Ku lihat pada jari-jemariku,
Menggigil dalam bahang tengah hari,
Ku sentuh pada bibirku,
kering mengelupas,
Ku letakkan tangan pada dadaku,
Degupannya menjadi deras.


Ku lihat wajahku dalam refleksi,
Warnanya pucat membiru,
Tiada kilauan dalam mata,
Tiada cahaya pada wajah.
Hanya kelesuan jelas kelihatan.


Yang lain menggelar rasa ini 'cinta',
Lalu mereka hairan aku menolak 'cinta',
Tapi aku pasti ianya adalah 'petaka' ,
kerana rindu ini rindu yang memusnahkan,
Rindu ini rindu yang mencemarkan,
Kerana rindu ini rindu yang tidak halal untukku,
Kerana rindu ini boleh mengundang dosa.


Dahulu,
Jika rindu yang sama bertandang,
Akulah insan paling bahagia.


Kini,
Jika  rindu yang sama bertamu,
Akulah insan paling sengsara.


Aku tak mahukan rasa ini,
Aku tak mahukan rindu ini.


Rindu ini yang dahulu telah melalaikanku dari mengingati-Mu,
Rindu ini yang dahulu menghalangku dari kemanisan beribadat kepada-Mu,
Rindu ini yang dahulu membutakan mataku  dari melihat jalan-Mu,
Rindu ini yang dahulu membinasakan cinta suci hamba-Mu.


Rabbi,
Jangan kau benarkan rindu ini menggigitku,
kerna aku takut dihinggapi virus cinta buta.


Rabbi,
Jangan kau biarkan rindu ini menghantuiku,
kerna aku takut pada bayangannya,
Kerna ku tahu jatuh cinta itu,
Hanya bisa pada Tuhan,
Kerna ku tahu nafsu ini,
Sering membawa ke arah kejahatan,
Yang datang dari godaan syaitan.


Rabbi,
Ku mohon,
Jauhkanlah aku dari 'petaka' rindu ini,
Hadirkanlah aku pada cinta-Mu,
Cinta yang kekal dan abadi.


- Artikel dari iluvislam.com

Thursday, April 14, 2011

♥FACEBLOG ♥

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH


Edit

Sunday, April 10, 2011

♥Permudahkan, ya ALLAH., ♥



Ya Allah ya Tuhaku,
Aku mohon inayah dan qudrat dari-Mu,
Agar aku bisa tabah dalam jalan mujahadah ini,
Agar hatiku tetap mendambakan rahmat-Mu,
Agar aku senantiasa dapat menjadi,
Seorang MUSLIM YANG KUAT.,

Friday, April 8, 2011

♥Aku Mencintaimu ya Rasulullah., ♥


"Allahuma solli 'ala Muhammad, wa'ala aali Muhammad, wa sohbihi wa barik wa sallim."

Firman Allah s.w.t. yang mafhumnya berbunyi :
"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan."
(Surah Al-Ahzab : ayat 56)



Selawat dan salam kepada Baginda, dan juga keluarga dan sahabat Baginda. Moga senantiasa dalam rahmat dan perlindungan-Nya. Sengaja saya mulakan entry kali ini dengan selawat ke atas Baginda Nabi Muhammad s.a.w. Kebetulan hari ini (15 Februari 2011) adalah hari Maulidur Rasul, simbolik saat kelahiran insan mulia ini ke dunia, sebagai amanah dari Tuhan untuk membimbing manusia kepada yang Maha Esa. Selawat kepada Nabi S.A.W. adalah merupakan ibadah yang mulia dan terpuji, mengandung berbagai-bagai kelebihan dan mendapat pertolongan dan perlindungan yang istimewa dari Nabi S.A.W. serta memperolehi ganjaran yang besar dari Allah di hari akhirat kelak. Diantara kelebihan selawat adalah seperti berikut:

1. Mendapat Syafaat Nabi S.A.W.
Sabda Nabi S.A.W. :
“Barang siapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat.”
(Hadis Riwayat At-Tabrani)

2. Mendapat perlindungan dan pembelaan dari Nabi S.A.W.
Sabda Nabi S.A.W. :
“Barangsiapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barangsiapa berselawat kepadaku dari jauh maka selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya.”
(Hadis Riwayat Al-Baihaqi dan Al- Khatib)

3. Mendapat keampunan dosa dari Allah.
Sabda Nabi S.A.W. :
“Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapus sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya.”
(Hadis Riwayat Ahmad, An-Nasaie & Al-Hakim)

Sabda Nabi S.A.W. dari Ubai bin Ka’ab :
“Aku bertanya, wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku memperbanyak selawat, maka berapakah aku jadikan untukmu dari selawatku? Nabi bersabda: Apa yang kamu kehendaki. Ia berkata: kataku: “Seperempat.” Sabda Nabi: “Apa yang kamu sukai dan jika kamu tambah maka itu yang lebih baik bagi kamu”. Kataku: “Apakah sepertiga?” Sabda Nabi: “Apa yang kamu sukai,jika kamu tambah itulah yang lebih baik bagi kamu.” Ia bertanya: “Apakah aku jadikan selawatku buatmu semuanya.” Nabi bersabda: “Jika demikian maka dicukupilah cita-citamu dan diampuni dosamu.”
(Hadis Riwayat Ahmad, At-Tirmizi & Al-Hakim)

4. Mendapat Rahmat dari Allah.
Sabda Nabi S.A.W. :
“Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah menurunkan rahmat kepadanya sepuluh kali.”
(Hadis Riwayat Muslim)

“Barangsiapa berselawat kepadaku di hari Jumaat seratus kali maka ia datang di hari Kiamat dengan cahaya, sekiranya dibahagi antara makhluk semuanya maka cahaya itu akan memenuhinya.
(Hadis Riwayat Abu Nu’aim)

5. Mendapat Hajat Dunia & Akhirat
Sabda Nabi S.A.W. :
“Barangsiapa berselawat kepadaku dalam sehari seratus kali, maka Allah datangkan baginya seratus hajat, tujuh puluh untuk akhirat dan tiga puluh untuk di dunianya.”
(Hadis Riwayat Ibnu Majah dari Jabir r.a.)

6. Digembirakan Dengan Syurga
Sabda Nabi S.A.W. :
“Barangsiapa berselawat kepadaku dalam sehari seribu kali, maka ia tidak akan mati sehingga ia digembirakan dengan syurga”
(Hadis Riwayat Abu As-Syaikh dari Anas r.a.)

Banyak lagi manfaat di sebalik selawat ke atas Baginda. Antara lainnya :
1. Memperolehi limpah rahmat dari Allah
2. Ditulis sepuluh kebajikan
3. Dihapuskan sepuluh kesalahan
4. Diangkat sepuluh darjat
5. Memperolehi kesempurnaan iman
6. Menjauhi dari kerugian dan penyesalan
7. Tergolong sebagai mereka yang soleh
8. Mendekatkan diri kepada Allah S.A.W.
9. Memperolehi syafaat Nabi S.A.W.
10. Memperolehi hubungan yang rapat dengan Nabi S.A.W.
11. Menghilangkan kesusahan dan melapangkan rezeki
12. Melapangkan dada dan mententeramkan jiwa
13. Menghapuskan dosa dan menutupkan aib
14. Terselamat dari kebingungan di hari akhirat
15. Menjadi sedekah bagi yang tidak mampu bersedekah
16. Terhindar dari kefakiran
17. Dipandang sebagai orang yang mencintai Nabi S.A.W.
18. Memperolehi keberkahan dalam hidup
19. Terhindar dari mereka yang bakhil
20. Menjadikan sebab doa diterima oleh Allah S.W.T.
21. Memudahkan jalan bagi memasuki syurga
22. Menjadi zakat dan pembersih diri
23. Memperolehi selawat dari Allah dan para malaikat
24. Memperolehi pujian seluruh makhluk di bumi dan di langit
25. Memenuhi hak Nabi sebagai suatu tugas ibadah
26. Memperolehi petunjuk dan menghidupkan hati
27. Tergolong dalam mereka yang tidak melupai Nabi S.A.W.
28. Menghilangkan rasa dahaga dan panas matahari Padang Mahsyar
29. Dapat meneguhkan telapak kaki ketika meniti Titian Sirat di akhirat
30. Terkabul segala hajat dan cita-cita

Moga dengan harapan selepas ini kita faham, lebih mengerti kenapa kita digalakkan berselawat. Perlukah aku berselawat ke atas Baginda? Jawapannya YA, kerna banyak kelebihan disebaliknya.. Jangan hanya sekadar terikut, atau mengikut. Bila aku perlu berselawat, adakah hanya pada hari Maulidur Rasul? Sekali-kali TIDAK. Lazimi selawat ke atas Baginda sekerap boleh, bila-bila masa, di mana-mana sahaja.
Mudah-mudahan dengan selawat ke atas Baginda, kita kan memperoleh pahala, berkat, rahmat Allah, serta syafaat Baginda di hari Akhir kelak. InshaAllah.,

♥Hasbi Allah wa Ni'mal Wakeel., ♥



Firman Allah s.w.t. yang mafhumnya :
"... Maka dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berpegang teguhlah pada Allah. Dia-lah Pelindungmu, maka Dia sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong!."
(Surah al-Hajj : ayat 78)

Ya Allah, ya Rabbi,
Engkau satu-satunya Yang Esa,
Yang Maha Kuasa, Maha Pengasih, Maha Peyayang,
Punya segala kekuatan tanpa ada keterbatasan,
Yang bisa menciptakan dan menghancurkan,
Bisa menghidupkan dan mematikan,
Kuasa atas segala-galanya atas dunia ini.

Ku pohon pada-Mu ya Rabbi,
Dalam menelusuri hidup yang penuh mehnah, penuh tribulasi ini,
Tetapkan diriku untuk terus kekal di atas jalan ini,
Kuat dan tabahkan diriku dalam menghadapi ujian,
Berikan sedikit qudrat dan iradat-Mu di kala ku jatuh, di kala aku susah,
Kurniakan sedikit dari Nur-Mu, saat aku rasa kelam, tidak pasti akan hidupku,
Moga di akhirnya aku dapat menjadi seorang hamba yang tetap beriman pada-Mu.

Ya Allah, ya Muhaimin,
Jangan Engkau timpakan kepadaku suatu ujian, suatu musibah,
Lebih dari apa yang aku mampu,
Tanpa Engkau sertakan sekali peyelesaiannya.
Jangan Engkau datangkan kepadaku suatu nikmat,
Tanpa Engkau sertakan sekali ingatan kepadaku untuk bersyukur kerananya,
Jangan Engkau datangkan kepadaku suatu kesedihan,
Tanpa beserta dengannya jalan menuju kebahagiaan.

Jangan Engkau pertemukan aku dengan seseorang,
Yang kan membawa ku lebih jauh dari-Mu,
Pertemukanlah aku ya Allah, ya Rabbul Izzati,
Dengan si dia,
Yang kan bisa memperhebat cintaku dan cintanya kepada-Mu.

Amin, ya Rabbal 'alamin.,



It is narrated by Abu Na‘im on the authority of Shadad that the Prophet of Allah, i.e. Prophet Muhammad s.a.w. encouraged the saying of
'Hasbi Allah wa Ni‘mal Wakeel'
(Allah is enough for me, and He is a great guardian)
at the times of distress.



♥Istiqamah Dalam Cinta., ♥


Dari Abdullah RA, katanya, “Datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW menanyakan :

“Ya Rasulullah, bagaimana pendapatmu mengenai seorang yang mencintai suatu kaum, sedangkan dia belum pernah bertemu dengan kaum itu?” Rasulullah SAW menjawab, “Orang itu nanti akan bersama-sama dengan orang yang dicintainya itu.”
(Hadith Riwayat Muslim)

♥Duhai Sahabat., ♥



Duhai sahabatku,
Yang aku dambakan,

Dalam perhubungan,
Pasti ada suka duka, jerih payahnya,
Ada masa kita tertawa,
Dan ada masanya juga kita menangis.

Aku tak bisa mengawal semua,
Kerna Dia-lah sebaik-baik Perencana,
Dan Dia jugalah yang paling tahu hikmah di sebalik setiap kejadian.

Aku cuma insan biasa,
Yang tak pantas lari dari segala kesilapan,
Aku lemah, dan punya kurangnya,
Jadi andai ada tika aku berbuat salah dan silap,
Itu memang kekhilafan dariku,
Maafkan aku untuk itu.

Maafkan aku jika,
Membuatmu pening dan runsing,
Membuatmu sedih dan menangis,
Membuat hatimu terasa dan terluka,
Membuatmu terkesan dan tertekan,
Membuatmu terkilan dan merajuk.

Aku tidak bermaksud, tidak terniat,
Untuk melakukan semua itu kepadamu sahabatku,
Kerna aku tahu aku bukanlah sesiapa tanpamu,
Dan aku memerlukan sahabat untuk mendampingku.

Jujur,
Dari sedalam-dalam hatiku,
Aku mohon maaf,
Kepadamu,
Maaf semaaf-maafnya,
Atas kekhilafanku ini,
Harap dirimu senantiasa sudi menerimaku,
Sebagai sahabatmu.

Aku tahu aku bukanlah yang terbaik,
Bukan juga yang sempurna,
Aku tak pasti apakah aku bisa,
Menjadi kawanmu yang paling baik,
Menjadi temanmu dikala kau sedih dan memerlukan seseorang,
Menjadi sahabatmu yang dapat mengisi dan berkongsi,
Dalam setiap cerita suka dan dukamu.

Apa yang pasti,
Meskipun aku tidak dapat menjadi sahabatmu yang terbaik,
Aku akan cuba, cuba, dan cuba,
Berusaha menjadi sahabatmu yang terbaik,
Semampu diriku.

Sejak dari awal kita bersahabat,
Aku berharap ia akan kekal hingga akhirnya,
Ukhuwwah itu memang indah,
Bilamana pertemuan dan perpisahan kita,
Hanya kerana Allah.

Maafkan ku duhai sahabatku...

“Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku. Sahabat yang baik adalah seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup dan setelah aku mati. Kuhulurkan tanganku kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku merasa senang. Semakin ramai sahabat, semakin aku percaya diri. Aku selalu berharap mendapat sahabat yang tidak luntur baiknya dalam suka dan duka. Jika aku dapat, aku ingin setia kepadanya.”
(Imam Shafie)


♥For You., ♥


I know it is hard,
It is painful,
Full of sorrow,
When you know that,
Now your loved one,
Had gone before you.

You can feel,
How empty your life now,
How miserable your life can be,
How sad and tough life you need to face forward.

Up there,
In Lauh Mahfuz,
All of our life,
Had been decided from the very beginning,
On every aspect,
Either in the past, present, or in the future.

I just hope,
By being there with you,
Facing those hard times,
Losing the loved ones,
Hopefully it will help you to ease a bit.

One thing for sure,
Allah will never burdens a soul beyond its means,
Hope you will be stronger, and stronger,
Everything gonna be alright,
InshaAllah,
Ameen.,


"You shall not waver, nor shall you grieve, for you are the ultimate victors, if you are believers"
(Sura Ali-Imran : Chapter 3 : Verse 139)

♥Salimun Qalbun., ♥




I know you do care
About me
Really care

I am not deny or defying it
Thanks
I do appreciate it
For your care
Your advices
Your moral supports
And for being around me

I am just trying
To be calm
Be positive
A lots of things happened
And some still happening
Also
A lots of things awaits me ahead

And
I am not sure
How well
I will be able to cope and handle
All these matters

Forgive me
For my attitude
For my ego
If it does hurt you
Worries you

For the time being
Just give me the moment of peace
I do really need this
My Lord


"Allahumma La Sahla Illa Ma Ja'altah Sahlan, wa Anta Taj'alulhuzna Iza Shikta Sahlan"
(Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki)


Ameen.,